Datuk Lee Chong Wei: Perjalanan Legenda Badminton Malaysia Menuju Kegemilangan
Sports

Datuk Lee Chong Wei: Perjalanan Kejayaan Legenda Badminton Malaysia

Datuk Lee Chong Wei Blog Featured ImageDatuk Lee Chong Wei Blog
474Views

Nama Datuk Lee Chong Wei sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Boleh dikatakan hampir seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada segenap lapisan umur mengenali ikon sukan badminton itu. Kejayaan beliau mengharumkan nama Malaysia dalam dunia sukan telah membanggakan negara. Datuk Lee Chong Wei turut digelar sebagai wira kebangsaan oleh bekas Perdana Menteri keenam Malaysia iaitu Datuk Sei Najib Tun Razak. Marilah kita menelusuri kisah suka duka insan hebat ini dalam mengejar gelaran pemain badminton nombor satu dunia.

Perjalanan Hidup

Datuk Wira Lee Chong Wei merupakan anak kepada pasangan Lee Ah Chai dan Khor Kim Choi. Beliau yang dilahirkan pada 21 Oktober 1982 dan dilahirkan di Bagan Serai, Perak. Kalau nak tahu, sebenarnya sewaktu kecil, Datuk Lee Chong Wei lebih berminat dengan permainan sukan bola keranjang. Tetapi, minatnya itu kurang mendapat restu daripada ibunya atas alasan bahang cuaca panas di sekitar gelanggang bola keranjang. Jadi, bagaimana pemain berbakat ini boleh menceburkan diri dalam bidang sukan badminton pula?

Semuanya mungkin berkat daripada pengaruh ayahnya juga. Ayah merupakan peminat sukan ini. Ayahnya sering membawanya ke gelanggang bagi menemaninya bermain badminton. Beliau mula belajar bermain badminton pada usia 11 tahun. Bermula dari situ, bakal Datuk Lee Chong Wei sudah mula dikesan.

Teh Peng Huat yang merupakan seorang jurulatih badminton telah berminat untuk menjadikan Datuk Lee Chong Wei sebagai anak didiknya. Selepas mendapatkan kebenaran daripada bapa Lee Chong Wei, Teh Peng Huat pun memulakan siri latihan dengan Datuk Lee Chong Wei selepas tamat sesi persekolahan.

Jurulatih terkenal kebangsaan iaitu Datuk Misbun Sidek juga dapat melihat potensi yang ada dalam diri bakal lagenda ini. Datuk Lee Chong Wei kemudiannya telah diserap ke dalam skuad kebangsaan pada usia 17 tahun. Bermula dari situlah bakatnya terus digilap sehingga menjadi juara dunia.

Karier Sukan

Nama Datuk Lee Chong Wei mula menjadi perhatian peminat sukan badminton apabila beliau berjaya meloloskan diri ke pusingan akhir kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2003. Kejohanan ini juga merupakan kejohanan besar pertama yang disertainya. Namun, hasrat untuk mendapatkan pingat emas untuk negara punah apabila beliau telah dikalahkan oleh Cheng Hong yang mewakili China.

Pada 2004, Datuk Lee Chong Wei berjaya keluar daripada kekecewaan apabila berjaya memenangi Terbuka Malaysia dan juga Terbuka China Taipei. Beliau turut mendapat tempat bersama dengan pasukan kebangsaan untuk ke Sukan Olimpik Athens. Pada penampilan pertamanya di Olimpik, beliau telah beraksi cemerlang dengan mengalahkan Ng Wei dari Hong Kong. Namun, beliau kecundang kepada Chen Long di pusingan kedua.

Walaupun kalah di pertandingan tersebut, makin harum di kalangan peminat sukan ini. Beliau disebut-sebut sebagai bintang baru yang akan membawa nama Malaysia ke persada dunia. Ternyata, ini benar-benar terjadi. Sepanjang kerjaya atletnya, beliau telah berjaya merangkul gelaran juara untuk Kejohanan Terbuka Malaysia sebanyak 12 kali. Satu rekod yang masih belum dapat dicabar oleh mana-mana atlet tempatan sehingga ke hari ini. Berikut merupakan rekod kejayaan yang pernah dikecapi sepanjang bergelar atlet profesional:

Pingat emas pada Sukan Olimpik 2006 dan dinobatkan sebagai pemain nombor satu dunia sebanyak dua kali pada tahun tersebut,

  • 5 pingat emas dalam Sukan Komanwel.
  • 3 Pingat perak dalam Sukan Olimpik.
  • 3 Pingat perak dalam dalam Kejohanan Badminton Dunia.
  • Memegang ranking pemain nombor satu dunia selama 348 minggu.
  • Memenangi 69 kejohanan antarabangsa.
  • Merangkul johan sebanyak 4 kali dalam Kejohanan All England.
  • Dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Lelaki oleh Badminton World Federation (BMF) sebanyak 5 kali.
  • Menerima Anugerah Olahragawan Negara sebanyak 4 kali.
  • Mendapat jolokan Olahragawan paling berjaya di Malaysia.
  • Disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran Hall of Fame (BMF)

Musuh Tradisi

Sudah menjadi lumrah dalam bidang sukan, seseorang atlet itu pasti akan mempunyai saingan yang akan memberikan cabaran dan halangan untuk mereka merangkul gelaran juara. Dalam kes Datuk Lee Chong Wei, saingan terhebatnya adalah jaguh dari China iaitu Lin Dan. Setiap kali bertemu dengan Lin Dan di peringkat akhir kejohanan, pasti Datuk Lee Chong Wei terpaksa berpuas hati dengan pingat perak sahaja. Lin Dan seperti terlalu kebal untuk dikalahkan. Setiap kali Datuk Lee Chong Wei bakal bertemu dengan Lin Dan, setiap kali itulah rakyat Malaysia menunggu dengan penuh debaran dan harapan supaya Malaysia dapat menewaskan juara dunia dari China itu.

Daripada 40 pertarungan antara mereka berdua, Lin Dan berjaya menewaskan Datuk Lee Chong Wei sebanyak 28 kali. Sebab itulah pertembungan antara dua jaguh ini dianggap pertarungan paling hebat dan dinantikan dalam sejarah badminton dunia. Seorang lagi seteru terkenal yang sering menjadi penghalang Datuk Lee Chong Wei untuk menggenggam emas adalah Cheng Long yang juga berasal dari China. Cheng Long telah memusnahkan harapan Datuk Lee Chong Wei untuk bergelar juara pada Kejuaraan Dunia 2014, Kejuaraan Dunia 2015 dan Sukan Olimpik Rio 2016,

Kontroversi

Atlet kesayangan Malaysia ini ternyata tidak lepas daripada kontroversi. Pada tahun 2015, beliau telah digantung selama 8 bulan akibat kesalahan doping. Ranking dunia yang dipegangnya terus jatuh menjunam daripada nombor 1 ke nombor 180. Pingat perak yang dimenanginya dalam Kejohanan Dunia 2014 juga telah dilucutkan. Namun begitu, panel hakim percaya bahawa beliau tidak berniat untuk menipu dan beliau dibenarkan untuk kembali ke gelanggang pada 1 Mei 2015. Sejak itu, beliau tidak berpaling lagi dan terus menyarung satu demi satu pingat. Ranking dunianya kembali naik ke tangga teratas.

Persaraan

Pada tahun 2019. negara dikejutkan dengan berita persaraan Datuk Lee Chong Wei. Berita ini diumumkan sendiri oleh beliau kepada media melalui Sidang Media yang diadakan. Keputusan ini terpaksa diambil memandangkan kesihatan beliau yang kurang mengizinkan.

Datuk Lee Chong Wei yang disahkan mengidap kanser hidung pada September 2018. Dan sejak itu beliau telah menjalani rawatan di Taiwan. Sepanjang menjalani rawatan, Datuk Lee Chong Wei masih lagi menaruh azam itu menyertai skuad kebangsaan untuk bertarung di Sukan Olimpik Tokyo sebelum bersara. Namun, harapannya punah selepas doktor memberitahu bahawa keadaan tubuh beliau tidak mampu menanggung latihan berat dalam sukan. Beliau terpaksa akur dengan nasihat doktor supaya mengutamakan kesihatannya.

Legasi

Sepanjang 19 tahun bergelar atlet profesional. Datuk Lee Chong Wei telah meninggalkan legasi yang besar kepada para atlet muda. Kegigihannya berusaha untuk mendapatkan emas untuk negara telah menjadi sumber inspirasi terutamanya bagi yang ingin bergelar pemain badminton bertaraf dunia. Tanyakan kepada mana-mana pemain, siapakah idola mereka? Antara jawapan yang paling popular, tentulah Datuk Lee Chong Wei. Kisah beliau juga telah diangkat ke layar perak. Sebuah filem yang menceritakan tentang perjalanan hidupnya sebagai atlet badminton bertaraf dunia telah diterbitkan. Filem berjudul Lee Chong Wei: Rise of a Legend telah diterbitkan pada 2018.

Atas kerja kerasnya selama ini, beliau telah mendapat pelbagai pengiktirafan daripada negara dan juga badan badminton dunia. Kepada Datuk Lee Chong Wei, Terima kasih kerana menjadi hero kami rakyat Malaysia!

CLOSE